Kawan saya, seorang peguam yang bertauliah mempunyai senarai nama untuk anak-anak yang bakal dilahirkan (belum "dijana" tapi sudah ada nama). Nama anak-anak beliau semuanya sedap-sedap belaka, mengikut trend dan mempunyai makna.
Diari Mahkamah 365
Sunday, January 15, 2023
Kertas Kausa
Monday, August 22, 2022
Akta, Ordinan dan Undang-Undang Kecil (By Laws)
Apakah perbezaan bagi ketiga-tiga ini?
Sesuatu undang-undang bertulis terdapat dalam beberapa bentuk dan nama contohnya Akta, Kanun, Ordinan, Peraturan, Kaedah-Kaedah, Perintah, Undang-Undang Kecil dan sebagainya.
Jika akta, peruntukan di dalamnya disebut sebagai-
Seksyen 1
Subseksyen 1(2)
Perenggan 1(2)(a)
Subperenggan 1(2)(a)(i)
Peruntukan di dalam perundangan tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan disebut Artikel atau Perkara. Sebagai contoh, Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan adalah mengenai kebebasan terhadap harta.
Gores dan Menang
Nampaknya, scammer bergerak seiring dengan zaman.
Dahulu, scammer mendapatkan wang dengan cara memujuk orang ramai supaya cuba kad gores dan menang. Ramai yang tertipu. Hadiah tak seberapa tapi bayaran yang dikenakan sangatlah tidak adil dan melampau tinggi.
Mereka berpakaian kemas seperti seorang penjual di premis yang ada aircond. Yang lelaki, siap berkemeja dan memakai tali leher. Begitu juga perwatakan jurujual wanita gores dan menang ini.
Sasaran mereka adalah orang awam yang mereka jumpa di jalanan, di pusat sehenti tempat mereka bertugas. Modus operandi mereka, kaburkan mata mangsa dengan hadiah lumayan supaya mangsa bersetuju untuk cuba kad gores dan menang. Namun begitu, hadiah sebenar kad gores dan menang adalah barang yang nilainya sangat rendah tetapi mangsa dikehendaki membayar dengan harga yang sangat tinggi dan tak masuk akal.
Pagi itu saya ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, menjalankan tugas biasa seorang Pelatih Dalam Kamar untuk mengendalikan kes-kes sebutan di depan Majistret.
Sebaik sahaja saya melangkah kaki masuk ke dalam Mahkamah, kelihatan satu pemandangan luar biasa apabila kandang tertuduh penuh melimpah dengan Orang Kena Saman (OKS). Biasanya saya akan lihat OKS berpakaian warna merah, hijau atau oren tetapi pagi itu kesemua OKS berpakaian kemas.
Apabila Jurubahasa memanggil nombor kes dan membacakan pertuduhan, barulah saya tahu mereka semua didakwa kerana kesalahan kes gores dan menang.
Kini teknik gores dan menang sudah lenyap ditelan zaman. Scammer sudah melangkah setapak ke depan iaitu dengan menelefon mangsa untuk menjanjikan "keuntungan" kepada mangsa. Antaranya adalah melalui panggilan telefon untuk menawarkan pelbagai produk menarik kepada pelanggan. Ada juga yang lebih advance iaitu menyamar sebagai kakitangan mahkamah/LHDN/Kastam/Polis/Pos Laju dan sebagainya.
Wednesday, August 3, 2022
Pandang Luar Tingkap
Bunyinya seolah-olah kelakar tapi ini merupakan satu tip yang diberikan Pensyarah di Pusat Asasi UIA dua puluh tahun yang lalu.
"Cara untuk mengingat balik apa yang dipelajari adalah dengan memandang ke luar jendela sambil menghafal nota yang telah difahami", ujar Sir JD semasa saya dan rakan-rakan meminta tips belajar daripada Sir.
Semua Mahkamah
Saya sedang berjalan menuju ke sayap kiri Mahkamah. Terdengar seorang Peguam memberi penerangan kepada seorang orang awam.
"Kena tahu nombor kes Pakcik. Macam mana nak tahu kes Pakcik kat Mahkamah mana. Satu kompleks ni semuaaaaa Mahkamah".
Pakcik tersebut memasukkan dompet yang dipegangnya dalam poket seluar. Barangkali beliau mencari nombor kes yang sepadan nombor IC di senarai kes hadapan Mahkamah Tinggi tadi.
Mukanya sedikit hampa. Saya tak nampak sebarang kertas di tangan beliau.
"Tapi pegawai beritahu kena datang sini".
Saya hanya mendengar sepintas lalu. Tak mahu masuk campur kerana jam dah hampir pukul 9 pagi.
Bagi orang awam, asalkan Mahkamah, kat situ lah kes dia. Datang sahaja ke Mahkamah. Tiada persediaan. Tiada peguam, tiada surat makluman, tiada kertas kausa. Ni betul-betul kamikaze. Tidak jelas tujuan ke Mahkamah. Paling parah, tidak tahu arah tuju ke Mahkamah mana.
Begitulah juga kehidupan kita di dunia ini. Hidup kita mesti punya satu tujuan. Jika tidak, kita akan tercari-cari arah dalam kehidupan sedangkan Islam datang memberi jalan petunjuk yang benar untuk kita ikuti.
Jika masih mencari-cari arah dalam hidup, bukalah al-Quran kerana ia panduan hidup kita.
Tuesday, July 26, 2022
25.4.2007
Tarikh keramat saya didaftarai sebagai Peguam.
Tamat Latihan dalam kamar, pelatih dalam kamar akan didaftarai sebagai Peguambela dan Peguamcara. Pertama kali melihat perkataan ini semasa saya mengisi kertas kausa bagi tujuan ini. Ia bukan dibaca sebagai daftarai. Sebaliknya dibaca daftar-rai. Ya, PDK akhirnya boleh meraikan kejayaan melengkapkan sembilan bulan Latihan. Apa yang hendak diraikan? Persoalan ini akan dijawab dalam bab seterusnya kelak.
Sesi
ini ringkasnya disebut sebegai Long Call. Saya sendiri tidak pasti dari mana
datangnya istilah tersebut. Saya teringat kata-kata Pensyarah saya semasa di
tahun akhir Kulliyyah.
“There’s
no such word as short call or long call”, komennya pada satu pagi yang
hening dalam Kelas Professional Practice.
Mengikutnya,
perkataan short call merujuk kepada perbuatan buang air kecil manakala long
call pula air besar. Kami sekelas tergamam seketika. Nak gelak
beramai-ramai pun tak berani sebab Pensyarah kami ni orangnya sangat serius,
bekas Peguam yang telah ceased practice.
Dalam
sesi ini, Mover iaitu seorang peguam yang telah beramal melebihi tujuh
tahun akan membacakan petisyen yang mengandungi biodata Pelatih Dalam Kamar di
hadapan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Malaya. Ia sedikit sebanyak menyerupai
sesi penganugerahan Doktor Kehormat yang saya saksikan semasa saya menerima
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dahulu, apabila penerima Doktor Kehormat
dipanggil berdiri di hadapan pentas lalu dibacakan biodata.
Petisyen
ini semuanya disediakan sendiri oleh PDK. Saya bernasib baik kerana bos baharu
saya sudi menjadi Mover dan menyemak ayat yang saya gunakan supaya lebih
gempak kesannya.
Selepas
tamat sesi ini, PDK akan menjamu para hadirin di café Mahkamah. Ya, kami
belanja beb!
PDK kemudian akan disarungkan jubah oleh Master atau Pengajar.
Saya telah membuat permohonan lisan di dalam kamar Yang Arif Hakim yang akan mendengar petisyen saya untuk kebenaran supaya ayah saya yang menyarungkan jubah kepada saya.
“Why
your father? It should be your Master?”, Hakim menyoal saya ketika saya membuat
permohonan tersebut secara courtesy call di dalam kamar.
Saya senyum sahaja dengan soalan yang telah saya jangkakan. Jawapan saya pada Yang Arif ketika itu adalah kerana Abah adalah individu yang memainkan peranan penting dalam hidup saya. Tanpa words of encouragement dari Abah, saya mungkin kekal menjadi seorang yang gagal dan tidak punyai cita-cita besar.
Ya, pada hari inilah, saya disarungkan jubah seorang peguam oleh seorang yang bukan peguam. Tiada kata-kata indah yang dapat saya ungkapkan. Inilah momen paling bahagia yang mampu saya hadiahkan kepada Abah.
Open Book Test
"Belajar undang-undang ni tak susah mana pun sebenarnya. Paling best, bila dapat buka buku semasa peperiksaan" ujar rakanku Wahida yang terlebih dahulu memasuki kampus utama. Ketika itu, pengajianku di Pusat Matrikulasi UIA berbaki satu semester.
Wah! Aku kaget dan kagum. Untungnya, masuk universiti baru tahu boleh buka buku semasa menjawab soalan peperiksaan. Tapi kenapa masih ada yang tak lulus universiti?
Tahun akhir di Pusat Matrikulasi, aku berusaha bersungguh-sungguh agar dapat masuk belajar ke kampus utama mengikut jejak Wahida.
'Senangla begitu. Boleh buka buku masa exam... Bestnyaaaa' begitulah hatiku bernyanyi riang gembira.
'Ya! Tak lama lagi aku akan jadi peguam yang hebat!' sambungku berangan merentasi kuliah ijazah sarjana muda.
Hormon adrenalinku bergerak laju, jelas tidak sabar nak jawab peperiksaan subjek undang-undang sambil buka buku.
. Ya, sepanjang empat tahun pengajian, kami dibenarkan membuka buku untuk menjawab soalan peperiksaan. Tapi bukan semua buku ya. Buku tertentu sahaja yang dibenarkan. Argh..selagi namanya open book, tak kisah la buku apa pun. Janji dapat buka buku. Yey!!
Perkara
ini memang saya tunggu sejak di Pusat Matrikulasi bila kawan saya yang dapat
masuk ke Kampus Utama awal satu semester dari kami memaklumkan berita gembira
tak diduga ini. Tak sabar sungguh rasanya nak jawab peperiksaan sambil buka
buku. Mudah benar. Tak perlu saya belajar sebab jawapan semua mestilah sudah
ada dalam buku, kan?
Bila
tiba masanya, barulah saya tahu bahawa buku yang dimaksudkan adalah Akta.
Pernah lihat Akta? Sepanjang pengajian, buku-buku akta ini sudah menjadi
sebahagian daripada hidup kami:
Penal
Code (Kanun Keseksaan), Criminal Procedure Code (Kanun Prosedur Jenayah), Akta Kontrak, Perlembagaan
Persekutuan, Akta Mahkamah Kehakiman, Kaedah-Kaedah Mahkamah, Kanun Tanah
Negara etc.
Setiap
satu mata pelajaran mesti ada perundangan utama untuk dirujuk sebagai autoriti
bagi suatu undang-undang.
Contohnya,
bagi subjek Undang-Undang Jenayah kami diminta membawa Kanun Keseksaan sebagai
rujukan utama. Kanun Keseksaan ini mengandungi sebanyak 511 seksyen. Kesalahan
bagi kes bunuh termaktub di dalam seksyen 300 dan 302 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman mati.
Maka,
tidak dapat tidak pelajar mesti menghafal beberapa peruntukan khusus yang
penting di dalam Akta. Bukan semberono membawa masuk Akta ke dalam dewan
peperiksaan tanpa mengetahui peruntukan mana yang harus digunakan untuk
menjawab soalan kelak.
Tanggapan
saya bahawa tak perlu belajar teruk sebab boleh buka buku semasa peperiksaan
ternyata meleset. Jika tidak belajar, mana nak tahu peruntukan mana yang sesuai
digunakan untuk menjawab soalan peperiksaan.
Dengan
membawa buku akta ke dewan peperiksaan, pelajar dapat memberikan autoriti yang
tepat untuk dipadankan dengan kes atau soalan yang dinyatakan di dalam kertas
soalan. Hurai sikit peruntukan seksyen berkaitan, kemudian masukkan satu dua
kes bagi menyokong pendapat kita dan siap!
Ada
juga kawan-kawan yang nakal dengan menulis nama kes di celah-celah tulisan di
sebalik akta yang tebal. Saya tak pernah cuba sebab nak cari peruntukan pun dah
ambil masa, apatah lagi nak cari “toyol” di sebalik peruntukan akta yang tebal.
Buang masa.
Tapi
yang tak best adalah peperiksaan bagi subjek undang-undang paling lama. Tiga
jam setengah. 15 minit pertama untuk membaca soalan, tiga jam untuk menjawab
soalan. Lazimnya, ada 5-6 soalan dan pelajar boleh pilih 3 soalan dengan setiap
satu diberikan 30 markah.