Kali pertama saya ke mahkamah, saya pergi seorang diri tidak berteman.
“Kinah, esok ada kes kat
Butterworth, SP dan BM. Kinah dah short
call kan semalam? By right dah
boleh appear depan Magistrate Court,” laju sekali En Rahim
beri pandangan.
Saya yang masih terkulat-kulat mencari
jawapan dan kekuatan hanya mengiakan pandangan En Rahim yang masih kabur di
mata saya.
Saya diberi pilihan antara ketiga-tiga
mahkamah tersebut dan saya memilih Mahkamah Butterworth kerana sudah tahu
lokasinya di mana. Ia terletak di laluan utama Jalan Butterworth-Kepala Batas.
Tak sangka, dulu semasa melalui jalan ini, saya hanya terdetik untuk masuk ke
mahkamah ini. Setelah bertahun lamanya, tercapai juga impian untuk masuk
mahkamah.
“Tapi kes kat Butterworth esok di
Mahkamah Sesyen tau. Chambering tak
boleh appear depan Session Court,” sambung En Rahim yang
masih tercari-cari kertas dan pen di dalam bilik beliau untuk memulakan
lakaran.
“Hakim Sesyen akan duduk kat sini.
Ini kandang saksi. Ini kandang tertuduh. Tempat peguam depan sini, kiri atau
kanan. Sini pulak tempat jurubahasa,” sambil melakar kedudukan mahkamah, En
Rahim beri arahan pada saya.
Itulah satu-satunya lukisan cakar
ayam yang saya faham dalam keterpaksaan. Saya membayangkan kedudukan mahkamah
moot di AIKOL.
“Sampai je kat mahkamah nanti, cari
peguam untuk tolong sebut kes ni. Ni status dia,” borang laporan kes yang
ditampal di depan fail dikemaskini statusnya di depan saya.
“Nanti Kinah duduk kat kerusi ni,”
ujar En Rahim kembali melakar kedudukan mahkamah yang rupanya masih belum
lengkap.
Nampaknya saya sudah tak boleh
elak. Memang kena pergi Mahkamah juga esok ni. Fikiran saya masih bercelaru.
Takut pun ada sebab saya belum pernah jejak kaki ke mahkamah sebenar.
Meskipun lukisan tersebut layak
dikategorikan sebagai lukisan cakar ayam, saya ambil juga buat simpanan dan
rujukan untuk ke mahkamah esoknya. Ya lah, En Rahim tu peguam, bukan arkitek
nak lukis cantik-cantik dan sama paksi simetri.
Gulp.
Hati gembira dan teruja menerima
tugasan pertama ke mahkamah. Dalam masa yang sama, saya juga bimbang terlewat
atau tersilap.
Ala, baru chambering. Mesti Hakim faham.
Saya cuba menenangkan diri sendiri.
Jika tidak ambil tugasan ini, rugi lah saya buat chambering tapi tempat peguam beraksi pun tak pernah jejak. Apa
guna jadi peguam jika kaki tak pernah jejak ke mahkamah. Ewah..
No comments:
Post a Comment