Prof Dr Ahmad Ibrahim adalah peguam kes Natrah. Kes yang pernah menggemparkan Tanah Melayu satu ketika dahulu.
Pelajar-pelajar UIA akan mempelajari kedua-dua cabang undang-undang iaitu undang-undang ciptaan manusia dan undang-undang Tuhan. Saya lihat inilah kekuatan dan kehebatan AIKOL berbanding fakulti pengajian undang-undang lain di Malaysia yang hanya menawarkan satu cabang undang-undang sahaja.
Pelajar AIKOL diberi pilihan untuk mendapatkan double degree iaitu LLB (Hons) dan LLBs dengan tambahan dua semester pengajian untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) selepas tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Ini bermaksud pelajar akan menghabiskan dua ijazah dalam tempoh lima tahun, menyamai tempoh untuk ijazah kedoktoran!
Pengajian di AIKOL menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya manakala bagi subjek syariah, medium yang digunakan adalah bahasa Arab sepenuhnya. Tidak hairanlah jika pelajar UIA menjadi buruan majikan kerana kebolehan bahasa yang pelbagai.
Saya juga tertanya-tanya mengapa UIA dibenarkan menggunakan medium bahasa Inggeris sedangkan universiti-universiti awam yang lain menggunakan bahasa Melayu dan terikat dengan Akta Bahasa Kebangsaan. Jawapannya sudah saya ketahui namun saya memilih untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan fakta ini pada tulisan ini.
UIA menjadi pilihan saya kerana ia merupakan universiti kepada pelajar-pelajar lepasan SMKA/ sekolah aliran agama pada ketika itu. Mungkin asbab kami mempelajari bahasa Arab di sekolah menengah, maka syarat kemasukan kami lebih mudah.
Moot Court, AIKOL
Saya masih ingat bilangan kredit yang terpaksa dipikul setiap semester yang lebih banyak berbanding rakan di universiti lain kerana subjek syariah yang kami pelajari. Saya bersyukur kerana dapat mempelajari undang-undang Islam lebih terperinci di UIA. Ini membuka mata saya bahawa undang-undang ini lebih syumul sifatnya. Seorang Prof saya di UIA pernah menyatakan bahawa, hudud itu indah bagi orang yang mempelajarinya. Hudud mengandungi hikmah, bukan menjatuhkan hukuman sewenang-wenangnya. Asbab hudud itu sendiri ia adalah bersifat mencegah dan mendidik, bukan menghukum.
Ooo boleh buat double degree, patutlah Law UIA special.
ReplyDeleteTapi yang memilih untuk double degree tak ramai. Biasanya hanya satu atau dua kelas saja. Dugaan nak kerja sebab majoriti kawan-kawan dah pegang duit sendiri
ReplyDelete