Tuesday, June 14, 2022

Lawyer Bukan Scorer

Masa saya chambering dahulu, Bos (bukan Master), suka bercerita tentang kejayaan dia dan firma. Kadang-kadang, dua tiga kali saya menguap sebab mengantuk dengar ‘cerita’ di atas. Angguk-angguk saya bagi respon, mujur tak tersengguk-sengguk.

Bos selalu cakap, walaupun dia hanya mendapat 3rd class semasa degree, ia bukan bermakna dia tidak boleh hidup senang selepas tamat degree. Beliau memberikan contoh kawan-kawan beliau yang merupakan pegawai di  Jabatan Peguam Negara dan pensyarah undang-undang di UIA berbanding peguam yang beramal. Bagi saya, beliau mahu membangkitkan semangat seorang Pelatih Dalam Kamar untuk menempuh dunia kepeguaman kelak kerana saya menjalani latihan untuk menjadi seorang peguam, bukan peguam kerajaan (in house lawyer) atau pensyarah.
Kata Bos, kawan-kawan dia yang scorer masa degree, dapat tajaan sambung master. Bila tamat master, mereka akan balik mengajar di universiti. Kemudian, sambung belajar lagi untuk mendapatkan kelayakan akademik tertinggi iaitu PHD dan menjadi professor. Gaji? Sudah tentu tidak sebanyak orang buat bisnes dengan merujuk kepada peguam yang beramal dan mempunyai firma guaman seperti Bos.
Sambung Bos lagi, kawan-kawan dia yang scorer, tapi tidak mendapat tajaan untuk sambung belajar, ada yang mendapat tawaran untuk menjadi kakitangan awam i.e masuk gomen. Hebat la tu. Semasa Bos menjalani latihan dalam kamar aka chambering (gaji ciput), kawan dia sudah pegang gaji yang berganda daripada elaun latihan dalam kamar. Sekarang, Bos punya income lagi banyak sebab gaji kawan dia yang keja gomen tertakluk pada kenaikan pangkat dan skala gaji gomen.
Bos  nak motivate ke nak kondem? saya dengan cerita gaji besar dia dan firm yang expanding. Dia nak bagitau, untung lagi buat bisnes, buka firm dari makan gaji atau jadi kuli. ‘Kelas’ pada degree tak jamin hidup senang lenang. Bos bagi contoh Karpal Singh (sebab Karpal dapat 3rd Class macam bos…hahaha).
Saya arif bab ini kerana semasa sesi courtesy call dengan Datuk V Sithambaram, Datuk pun cakap benda yang sama. Nak jadi lawyer hebat, macam dia, kena mahir dengan tiga Akta je i.e Criminal Procedure Code (CPC), Penal Code dan Evidence Act.  Yang lain tolak tepi. Oh ya, Datuk memang peguam kriminal terkenal dan merupakan salah seorang anggota Penang Bar pada tahun saya menjalani latihan dalam kamar dulu. 
Dulu belajar dengan teori, bila kerja kena ‘amali’. Dan cabaran bekerja dan belajar adalah sama cuma kurang serupa :)

No comments:

Post a Comment