Friday, June 17, 2022

Bahasa Latin dalam Undang-Undang

Apabila mengikuti kursus ijazah undang-undang, saya turut mempelajari satu lagi bahasa asing secara tidak rasmi iaitu bahasa Latin. Hal ini kerana nama ijazah ini sendiri merupakan terjemahan daripada bahasa Latin, Legum Baccalaureus (Bachelor of Laws) atau Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.

"What do 'LLB' and 'LLM' stand for?
LLB
‘LLB’ is the abbreviation for the Bachelor of Laws. The degree abbreviates to ‘LLB’ instead of ‘BL’ due to the traditional name of the qualification in Latin, 'Legum Baccalaureus'.
'Legum' is the plural of 'lex', meaning law, while ‘Baccalaureus’ is the origin of the term 'Bachelors degree'. As Latin plurals often abbreviate by doubling the first letter (e.g. 'pp' for 'pages'), it abbreviates to 'LLB'.
 
LLM
'LLM' is the standard abbreviation for the Master of Laws. The abbreviation is derived from the name of the qualification in Latin, 'Legum Magister', with 'legum' as the plural of 'lex', meaning law.
 
As with the 'LLB', Latin pluralises the Master of Laws to 'LLM'. "
Rujukan: https://student.ask.adelaide.edu.au/

Dalam beberapa subjek undang-undang, penggunaan terma dalam bahasa Latin seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Ia digelar sebagai legal maxims yang merupakan satu prinsip undang-undang yang telah diterimapakai (established principles of law that are universally admitted).

Ia mungkin kelihatan janggal bagi layman (orang biasa) tapi bagi penuntut dan pengamal undang-undang ia merupakan istilah yang biasa digunakan. Jika pembaca biasa membaca laporan kes mahkamah di akhbar tempatan, istilah ini mungkin tidak asing bagi pembaca.

Antaranya-- caveat emptor, mens rea, ad valorem, affidavit, bona fide, mala fide, ex-parte, habeas corpus, de facto, ab initio, pro bono.

Ada juga istilah lain yang saya hafal kerana prinsip ini sering digunakan seperti-- audi alteram partem, doli incapax,  ignorantia juris non excusat, res ipsa loquitor, actus reus, lacunae, lex loci dan banyak lagi legal maxims yang lain.

Nah, pembaca kini sudah memiliki satu lagi pengetahuan bahasa asing yang baharu iaitu bahasa Latin. Saya akan menerangkan maksud beberapa legal maxims ini dalam satu tulisan lain kelak. Bersabar ya!


No comments:

Post a Comment